23 Oktober 2011

Kau Sahabatku

Kau Sahabatku
Kau Kawanku
Kau tahu rahsiaku
Kau tahu pasal kesihatanku
Kau tahu dimana rumahku
Kau simpan rahsiaku
Kau tahu mengenai hati budiku
Kalau aku sakit kau orang petama yang tahu


Dengarlah pesanan ku ini
Suatu hari nanti ku akan pergi
Pergi ke suatu tempat yang jauh sekali
Jangan lupa hiaskan rumah ku ini
Dengan Fatihah dan ayat suci


Tunaikan permintaan terakhirku
Ambillah buku merah itu
Segalanya tercatat dalam buku itu
Jaga dia baik - baik bukuku
Bacalah jika ingin tahu
Segalanya tercatat dalam buku itu


Tiada seorang pon yang tahu hal ini
Hanya kau sahaja yang ku percayai
Aku tahu kau boleh buat apa yang aku ingini
Jangan leka dengan duniawi
Aku dah tidak boleh menasihati lagi
Bila aku tiada nanti
Hati-hati cari pengganti
Mungkin dia lagi baik dari diri ini


Orang tidak tahu aku disakiti
Orang tidak tahu ku menangis sendiri
Orang tidak tahu menjadi begini
Mereka tidak mempeduli diri ini
Mereka tidak akan terfikir mengenai diri ini


Apa sekali pon berlaku kau adalah kawan
Kau bukan lawan
Kau pandai buat perancangan
Gunakan sebaik mungkinan kebijaksanaan
Jangan lemas dengan syaitan
Kalau engkau keliru rujuk pada Quran
Itu Panduan
Jangan tinggalkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan