30 Oktober 2011

Bukalah Mata Mu

Bukalah mata mu
Bahawa hidup ini tidak kekal abadi
Bukalah mata mu
Bahawa dunia ini penjara bagi mu
Bukalah mata mu
Bahawa kau di pihak yang benar
Bukalah mata mu
Bahawa kau pijak bumi yang nyata
Bukalah mata mu
Bahawa Muhammad bin Abdullah telah memberi wasiat
Bukalah mata mu
Bahawa kau tidak akan sesat
Bukalah mata mu
Bahawa Quran dan Hadis sebagai panduan
Bukalah mata mu
Jika hidup  mu tanpa bekalan
Bukalah mata mu
Jika hidup mu tanpa panduan
Bukalah mata mu
Jika hidup mu tanpa bantuan
Bukalah mata mu
Jika hidup mu tanpa amalan
Bukalah mata mu
Bagaimana bisa kau berhadapan dengan Tuhan
Bukalah mata mu
Bagaimana kau hendak memberi alasan
Bukalah mata mu
Sudah ternyata dalam Quran
Bukalah mata mu
Bahawa mulutmu akan dikunci kecuali anggota badan
Bukalah mata mu
Kau kata dunia ini "tanpa sempadan"
Bukalah mata mu
Kecuali mereka yang dalam golongan kekufuran
Bukalan mata mu
Hanya amalan soleh boleh menyelamatkan kau
Bukalah mata mu
Jangan sia-siakan usia kau






Renungan bersama :



إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)

28 Oktober 2011

Andai ku tahu

Andai ku tahu kau menyukai diriku
Kan pasti ku menyatakan dari dulu
Andai ku tahu kau mencintai diriku
Kan ku membawa kau ke alam cinta
Disana kita kan bersama 
Sehingga akhir hayat kita


Percayalah pada ku
Hanya ku cinta padamu
Hanya kau yang satu
Kau bagai emas permata
Tidak sama dengan kaca
Sungguh jauh berbeza
Katakan saja apa yang kau inginkan
Pasti ku tunaikan
Demi percintaan 
Lautan api sanggup ku laluinya
Demi cinta asmara 
Yang kian membara


Wahai pujaan hati
Usah kau ragui
Dengan percintaan yang suci ini
Tiada dua dan tiga
Hanya kita berdua
Demi percintaan yang nyata
Sehingga akhir hayat kita
 

27 Oktober 2011

Usah Kau Pergi ..



Siapalah Bulan klau tiada matahari
Bagaimanakah hidup tanpa kekasih di hati
Nun jauh ku cari pengganti
Tiada yang secantik bidadari
Hanya kau di hati
Jika kau pergi
Siapalah ku ini
Tiada bermaya tanpa mu disisi
Kau sering memberi motivasi kepada ku ini


Usahlah kau pergi
Meninggalkan diriku ini
Ku tak mungkin bisa hidup sendiri
Tanpa mu disini
Ku tak mengerti
Apa yang kan terjadi
Pasti ku sunyi 
Tanpa cinta mu yang suci 
Kau selalu dihati
Tatkala ku merindui
Ku kan bersyair dan berpuisi
Hanya untuk kau yang ku sayangi
Ku ingin hidup semati
Ku ingin hidup kekal abadi
Di syurga nanti
Bersama mu nanti
Kapan hari pasti
Usahlah pergi 
Wahai kekasih dihati




Kata Dah Benci


Kata dah benci
Mengapa kau ke sini 
Kata dah benci 
Mengapa kau masih mencari diri ini
Kata dah benci
Mana pergi sumpah dan janji
Kata dah benci
Mengapa kau tangisi
Kata dah benci
Aku sudah tawar hati
Kata dah benci
Tiada erti hubungan cinta lagi
Syahdan kau pergi
Aku merana seorang diri
Apa yang kau peduli sebelum ini
Kau pergi tanpa kerelaan diri ini
Kata dah benci
Kini kau datang kembali
Tiada pernah kau memberi peluang pada diri ini
Hanya mengikut nafsu diri sendiri
Pergilah kau dari sini
Lupakan saja diri ini
Aku telah anggap kau mati
Mati dalam hati ini
Pedih ku harungi
Selama ini
Aku sudah tawar hati
Aku telah miliki pengganti
Yang setia di hati
Pergilah kau dari sini
Pergilah bersama lelaki 
Yang kau bangga sebelum ini
Anggaplah ku sudah mati
Mati dalam percintaan dunia ini
Sungguhnya kejam penghuni ini
Tidak pernah mengenang budi
Aku tahu ,diri  ini
Tidak sehebat lelaki yang kau cintai
Sebelum ini
Pergilah kau wahai insani
Jangan kau peduli ku ini.....


MEORFEZ
12: 18 AM
28 OCT 2011

23 Oktober 2011

Aku Amat Mencintai dirimu






Tatkala pertama kali ku memandang wajahmu
Ku telah jatuh hati pada mu
Walaupun ku tidak pernah menatap wajahmu
Tetapi ku cinta kerana ilmu
Mana mungkin bisa ku jatuh cinta tanpa melihat wajahmu
Tetapi percayalah itu alasan ku
Sehingga kini ku menyimpan hasratku 

Aku takut untuk meluahkan
Kerna ku takut bertepuk sebelah tangan
Cinta ku berputik kerana kecantikan
Cinta ku berputik kerana Keilmuan
Cinta ku berputik kerana Kewanitaan
Yang sempurna dari pandangan

Tidak pernah ku bersangka buruk terhadapmu
Kerna kaulah wanita pertama yang ku cintai
Aku amat menyukai sama kamu
Tapi aku takut jika engkau tidak sudi
Kerna ku tidak sempurna seperti lelaki idamanmu
Biarlah aku bersendiri sehingga kini
Semoga dikabulkan harapanku

Kau Sahabatku

Kau Sahabatku
Kau Kawanku
Kau tahu rahsiaku
Kau tahu pasal kesihatanku
Kau tahu dimana rumahku
Kau simpan rahsiaku
Kau tahu mengenai hati budiku
Kalau aku sakit kau orang petama yang tahu


Dengarlah pesanan ku ini
Suatu hari nanti ku akan pergi
Pergi ke suatu tempat yang jauh sekali
Jangan lupa hiaskan rumah ku ini
Dengan Fatihah dan ayat suci


Tunaikan permintaan terakhirku
Ambillah buku merah itu
Segalanya tercatat dalam buku itu
Jaga dia baik - baik bukuku
Bacalah jika ingin tahu
Segalanya tercatat dalam buku itu


Tiada seorang pon yang tahu hal ini
Hanya kau sahaja yang ku percayai
Aku tahu kau boleh buat apa yang aku ingini
Jangan leka dengan duniawi
Aku dah tidak boleh menasihati lagi
Bila aku tiada nanti
Hati-hati cari pengganti
Mungkin dia lagi baik dari diri ini


Orang tidak tahu aku disakiti
Orang tidak tahu ku menangis sendiri
Orang tidak tahu menjadi begini
Mereka tidak mempeduli diri ini
Mereka tidak akan terfikir mengenai diri ini


Apa sekali pon berlaku kau adalah kawan
Kau bukan lawan
Kau pandai buat perancangan
Gunakan sebaik mungkinan kebijaksanaan
Jangan lemas dengan syaitan
Kalau engkau keliru rujuk pada Quran
Itu Panduan
Jangan tinggalkan

22 Oktober 2011

Ku masih bersendirian

Aku masih bersendirian
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Menghadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Dihati kecil ku menaruh harapan


Ku tak mampu meluahkan isi hati
Ku tak mampu menangis dihadapanmu
Ku hanya mampu berlakon dihadapanmu
Hanya Dia yang mengetahui isi hatiku


Beronak berliku pendakian hidup ini
Terjatuh ke lumpur
Kadangkala ku ditertawa dicaci
Sewaktu dipuncak
Banyak mata memandang
Namaku disebut dipuji dijulang
Siapa kawan Siapa lawan


Kau sangka ku gembira
kau tidak memahami apa yang ku rasa
kerna ku tidak pernah bercerita
kau tidak akan percaya
kerna kau tidak tahu beza kaca dengan permata


Dua dunia
Hidup kita memang berbeza
bagaikan buah dan bunga
Itulah takdir namanya
Kita tidak mampu melawanNya
Sudah tercatat di Luh Mahfuz

Aku masih bersendirian
Aku tanpa teman
Aku tanpa kawan
Aku mendayung sampan
Seorang diri tanpa panduan
Aku belayar di lautanTidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan tujuan

Aku masih bersendirian.........


Meorfez ,
2011

19 Oktober 2011

Engkau Wiraku








Aku seorang manusia 
Sering melakukan kesilapan
Aku seorang hamba
Tetapi aku dapat membezakan kebaikan dan keburukan
Aku manusia biasa
Aku memerlukan panduan
Aku tiada kuasa
Tanpa Al-Quran hidupku bagaikan kesesatan


Aku berasa sedih bila melihat saudaraku ditimpa dugaan
Kehidupanku amat selesa berbanding mereka
Mengapa manusia tidak membantu mereka yang menimpa kesusahan
Sedangkan mereka saudara kita
Sampai bila mereka akan hadapi peperangan
Adakah kita patut berdiam diri sahaja
Setiap hari ada kematian
Bayangkan kalau terjadi kepada keluarga kita
Selamatkan dunia Iraq,Palestin,dan Afganistan
Sanggupkah kau melihat mereka menyepak saudara kita 
Selamat Masjidil Aqsa dari kehancuran
Sabarlah wahai saudaraku,matilah kamu dalam perjuangan
Untuk memiliki Syurga dan kegembiraan


Bani Israel musuh kita yang nyata
Berdoa untuk saudara kita setiap bulan Ramadhan
Dengan penuh keinsafan kepada Tuhan
Aku sanggup mati dalam perjuangan
Daripada mati dalam kekufuran


Sabarlah saudaraku,kau tekad memilih Syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu sebutir peluru memasuki tubuhmu
Lalu kamu rebah 
Sabarlah wahai alif kecil,tangisanmu penuh bermakna
Wahai musuhku,kau gembira sekarang
Tunggulah pada hari pembalasan
Kau akan tersungkur dihadapan Tuhan
Timbullah rasa keinsafan
Malangnya tiada kesempatan
Malangnya tiada keampunan
Malangnya tiada ruang kemaafan


Wahai saudaraku kau masih beriman
Walaupun negara kau dalam peperangan
Wahai saudaraku,kau merana didunia
Tetapi kau akan gembira di sana
Buat selama lamanya
Sabarlah dengan ujian dariNya
Ingatlah Dia sentiasa memerhatikan kita
Wahai alif kecil,usah kau rasa takut dan gentar
Biarlah kau ditembak ketika kau sedang bersolah buat kali terakhir
Biarlah kau ditembak ketika kau sedang bermunajat buat kali terakhir
Biarlah kau ditembak ketika kau sedang bersujud buat kali terakhir
Itu semua penyebab kamu akan gembira disana buat selamanya

ENGKAULAH WIRAKU

Meorfez
2008.



This Video Special for Palestine ~!~
dan ini lah video pertama kali yang aku edit....