30 Oktober 2011

Bukalah Mata Mu

Bukalah mata mu
Bahawa hidup ini tidak kekal abadi
Bukalah mata mu
Bahawa dunia ini penjara bagi mu
Bukalah mata mu
Bahawa kau di pihak yang benar
Bukalah mata mu
Bahawa kau pijak bumi yang nyata
Bukalah mata mu
Bahawa Muhammad bin Abdullah telah memberi wasiat
Bukalah mata mu
Bahawa kau tidak akan sesat
Bukalah mata mu
Bahawa Quran dan Hadis sebagai panduan
Bukalah mata mu
Jika hidup  mu tanpa bekalan
Bukalah mata mu
Jika hidup mu tanpa panduan
Bukalah mata mu
Jika hidup mu tanpa bantuan
Bukalah mata mu
Jika hidup mu tanpa amalan
Bukalah mata mu
Bagaimana bisa kau berhadapan dengan Tuhan
Bukalah mata mu
Bagaimana kau hendak memberi alasan
Bukalah mata mu
Sudah ternyata dalam Quran
Bukalah mata mu
Bahawa mulutmu akan dikunci kecuali anggota badan
Bukalah mata mu
Kau kata dunia ini "tanpa sempadan"
Bukalah mata mu
Kecuali mereka yang dalam golongan kekufuran
Bukalan mata mu
Hanya amalan soleh boleh menyelamatkan kau
Bukalah mata mu
Jangan sia-siakan usia kau






Renungan bersama :



إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan