21 Jun 2012

Upacara Pembersihan Ka'bah




Assalammualaikum semua..
pada hari ini saya ingin share sesuatu yang jarang kita ambil tahu...
Sebagai umat Islam pasti kita tahu tentang Ka'bah...
tapi mungkin ada yang tidak tahu bilakah pintu Kabah di buka !!

tanggal pada 21 Jun 2012 bersamaan 1 Sya'ban 1433
Pintu Kabah telah pun di buka, bagi tujuan pembersihan di dalam Kabah itu. Kebiasaannya  antara mereka yang akan terlibat dalam upacara ini ialah
  • Gabenor Makkah 
    • Nama beliau ialah : Y.T.M Putera Khalid Al-Faisal bin Abdul Aziz As-Saud 
  • Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Suci 
    • jawatan tersebut kini di sandang oleh Sheikh Dr. Abdul Rahman As-Sudais ( pasti anda kenal )
  • Pemegang kunci Ka'bah & kerabat nya ( keturunan Bani Syaiba )
    • pemegang kunci Kabah sekarang ini nama nya : Sheikh Mohammad Saleh Zainul Abideen Al-Shebi,
  • Dan yang terakhir semestinya mereka yang bekerja di Masjidil Haram itu. :)

    Di bawah ini adalah video full upacara pembersihan Ka'bah ;)





Berikut di bawah ini gambar 3 orang terPENTING di Masjidil Haram :)


Gabenor Makkah
Y.T.M   Putera Khalid Al-Faisal bin Abdul Aziz As-Saud 


Presiden Agung Hal Ehwal Dua Masjid Suci ( الرئيس العام لشؤون المسجد الحرام والمسجد النبوي  )
Sheikh Dr. Abdul Rahman As-Sudais ( selaku Imam Besar Masjidil Haram )


Pemegang Kunci Ka'bah
( disebelah kiri ) Sheikh Mohammad Saleh Zainul Abideen Al-Shebi


Semoga Allah memberkati mereka semua atas jasa tanggungjawab mereka terhadap rumah Allah ( Masjidil Haram )
Mungkin ada yang tertanya, mereka membersihkan dalaman Ka'bah menggunakan air sabun ke apa ??? hehehe

Menurut info mengatakan, mereka membersihkan Ka'bah dengan menggunakan air Zamzam dengan di campuri dengan minyak wangi...Upacara ini adalah tradisi mereka bagi menyambut  bulan Ramadhan yang akan tiba. 

Bukan itu sahaja..dalam setahun pintu Kabah akan di buka sebanyak 2 kali, iaitu pada awal bulan Muharram dan di bulan Sya'ban seperti yang telah berlaku hari ini ;)

Berbeza dengan kelambu Kabah, ia akan di tukarkan sekali sahaja pada setiap tahun, iaitu selepas musim haji.

Jadinya setakat ini infomasi dari saya pada kali ini...jika ada penambahan saya akan tambah sikit hehehe ...
Sekian ,
Assalammualaikum.

^_^