10 Jun 2011

Sulaman ayat suci Al-quran pada Kiswah Ka'abah


Setiap kali bulan puasa..pasti kita akan bercerita tentang Masjidil Haram,mengenai keindahan suasananya di sana,lebih-lebih lagi kedengaran bacaan ayat -ayat suci Al-quran yang di baca oleh imam-imam Makkah ketika Taraweeh,walaupon kita berada di Malaysia,namun pihak stesyen televisyen Malaysia spt RTM dan TV9 telah membawa khas siaran langsung Solat Teraweeeh dari Makkah..
Namun penahkah anda terfikir apakah ayat-ayat suci Al-quran yang telah disulam di Kiswah (kelambu ) Ka'bah itu ??,alhamdulillah dengan ada info dari sebuah laman web yang berbahasa arab,telah memberi info tersebut,
Setiap di bahagian Kiswah d bahagian  kepada 4 potongan / bahagian ayat-ayat suci Al-Quran. dan setiap satu bahagian kiswah akan menutupi setiap bahagian Ka'bah,
Ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dipilih untuk Kiswah Ka'bah adalah seperti berikut :

  Bahagian di pintu Ka'bah ,Surah Al-Baqarah ayat 125,125,127 dan 128

 Di bahagian Rukun Yamani atau sebelah Hajarul Aswad ( kanan ) Surah Ali-Imran ayat 95,96,97,97
Di bahagian Rukun Iraqi atau bertentangan dengan pintu Ka'bah ( kiri ) Surah Hajj ayat 26,27,28,28

Dan akhir sekali di Bahagian Rukun Syami atau di Hijir Ismail, 
Surah Al-Baqarah ayat 197,197,198,199

Ini lah yang saya maksudkan setiap bahagian Kiswah d Bahagikan kepada 4 bahagian ayat...

Info Tambahan :
Kiswah d perbuat dari Kain Sutera
Sulaman d sulam dari benang Emas dan Perak 
Pembuatannya mengambil masa selama setahun untuk siap
Kiswah Ka'bah ini akn di tukar setiap tahun selepas musim haji...