19 Oktober 2011

Engkau Wiraku








Aku seorang manusia 
Sering melakukan kesilapan
Aku seorang hamba
Tetapi aku dapat membezakan kebaikan dan keburukan
Aku manusia biasa
Aku memerlukan panduan
Aku tiada kuasa
Tanpa Al-Quran hidupku bagaikan kesesatan


Aku berasa sedih bila melihat saudaraku ditimpa dugaan
Kehidupanku amat selesa berbanding mereka
Mengapa manusia tidak membantu mereka yang menimpa kesusahan
Sedangkan mereka saudara kita
Sampai bila mereka akan hadapi peperangan
Adakah kita patut berdiam diri sahaja
Setiap hari ada kematian
Bayangkan kalau terjadi kepada keluarga kita
Selamatkan dunia Iraq,Palestin,dan Afganistan
Sanggupkah kau melihat mereka menyepak saudara kita 
Selamat Masjidil Aqsa dari kehancuran
Sabarlah wahai saudaraku,matilah kamu dalam perjuangan
Untuk memiliki Syurga dan kegembiraan


Bani Israel musuh kita yang nyata
Berdoa untuk saudara kita setiap bulan Ramadhan
Dengan penuh keinsafan kepada Tuhan
Aku sanggup mati dalam perjuangan
Daripada mati dalam kekufuran


Sabarlah saudaraku,kau tekad memilih Syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu sebutir peluru memasuki tubuhmu
Lalu kamu rebah 
Sabarlah wahai alif kecil,tangisanmu penuh bermakna
Wahai musuhku,kau gembira sekarang
Tunggulah pada hari pembalasan
Kau akan tersungkur dihadapan Tuhan
Timbullah rasa keinsafan
Malangnya tiada kesempatan
Malangnya tiada keampunan
Malangnya tiada ruang kemaafan


Wahai saudaraku kau masih beriman
Walaupun negara kau dalam peperangan
Wahai saudaraku,kau merana didunia
Tetapi kau akan gembira di sana
Buat selama lamanya
Sabarlah dengan ujian dariNya
Ingatlah Dia sentiasa memerhatikan kita
Wahai alif kecil,usah kau rasa takut dan gentar
Biarlah kau ditembak ketika kau sedang bersolah buat kali terakhir
Biarlah kau ditembak ketika kau sedang bermunajat buat kali terakhir
Biarlah kau ditembak ketika kau sedang bersujud buat kali terakhir
Itu semua penyebab kamu akan gembira disana buat selamanya

ENGKAULAH WIRAKU

Meorfez
2008.



This Video Special for Palestine ~!~
dan ini lah video pertama kali yang aku edit....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan