30 Disember 2013

Dalam Sejarah 2013 Meorfez

Assalammualaikum semua....apa khabar ? Meor dah lama tak update Blogger kan :)
hehehehe.....Seperti biasa, setiap yang datang akan pergi,
Maka begitu juga dengan tahun....
Ia datang, ia akan pergi juga....
Harini 31 Disember 2013
Meor nak share sedikit peristiwa -peristiwa yang telah berlaku sepanjang 2013....
Bacalah ek :)

JANUARI :

  • 1 JAN  : Berulang alik dari rumah ke pejabat sementara Masjid Jamek di Jabatan Agama Islam (JAWI)
  • 4 JAN  : Berjumpa dengan Sheikh Nuruddin Al-Banjari di Masjid Ar-Rahah, tempat Meor bertugas sebagai bilal. Masjid Perdana Menteri itu telah meminjam sementara waktu beberapa orang pekerja dari Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur, sementara Masjid Jamek masih ditutup disebabkan kerja-kerja baikpulih
  • 14 JAN  : Majlis tahlil Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak sekeluarga. Majlis ini dilaksanakan bersempena memperingati dan tahlil untuk arwah bapa Dato Seri. Majlis ini telah di laksanakan di Masjid Ar-Rahah
  • 26 JAN  : Buat pertama kali Meor menghadiri Majlis Maulid Nabi yang di anjurkan oleh Masjid Negeri Selangor (Masjid Shah Alam). Pertama kali Meor melayani Qasidah :)
APRIL  :
  • 19 APRIL : Berjumpa dengan Imam dari Saudi Arabia dan UAE, di Masjid Ar-Rahah
  • 22 APRIL : Berjumpa dengan Imam Masjid Nabawi, Sheikh Solah Al-Budair.
  • 27 APRIL : Menghadiri Majlis perkahwinan Kawan kolej .di Sungai Besar,
JULAI :
  • 5 JULAI : Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur mula beroperasi selepas 6 bulan ditutup
  • 10 JULAI : Hari Pertama Ramadhan 1434
  • 16 JULAI : Hari pertama buka kaunter Zakat Fitrah ( pertama kali di lantik menjadi Amil Zakat)
  • 17 JULAI : Genap setahun saya bekerja di Masjid Jamek
OGOS :
  • 8 OGOS : HARI RAYA AIDILFITRI 2013
  • 9 OGOS : Kejutan untuk Hari Jadi Sepupu, Shahril, Shafiq dan Makndak  ( HARI RAYA KEDUA)
  • 18 OGOS : Pertama kali singgah ke kedai makan kawan ( Naim Daniel)
SEPTEMBER :
  • 2 SEPT : Kursus Kebakaran di Masjid Ash-Shafie, Taman Maluri Cheras
  • 8 SEPT : Kejutan untuk Hari Jadi Naim Daniel (awal sehari)
  • 21 SEPT : Parent buat kejutan untuk diri ku sempena Hari Jadi
OKTOBER :
  • 3 OKT : Majlis Doa Selamat di Tapak Pembinaan Pasar Seni
NOVEMBER :
  • 14,15,16 NOV : Sandakan Aku Datang..
DISEMBER :
  • 6 DIS : Majlis Maulid Akhbar di Masjid Muadz Bin Jabbal, tetamu khas Habib Umar Al-Hafidz
  • 31 DIS : Hari Akhir bagi tahun 2013.

Begitulah cerita atau peristiwa yang mampu di kongsi pada kalian, sesungguhnya peristiwa yang saya lalui mungkin tidak sehebat macam kalian, tapi itulah sweet memories yang terindah bagi saya. Insha Allah ada masa lagi, saya akan update lagi Blogger ini :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan