2 November 2011

Gembira dalam duka

Tatkala ku memerlukan teman
Tiada siapa yang sudi bersama ku
Tatkala ku dalam kesedihan
Tiada siapa yang tahu
Tatkala ku dalam keseorangan
Tiada siapa mempedulikan diriku


Bukannya ku tak mahu bercerita
Apakan daya jika orang tidak percaya
Bukannya ku tak mahu bersuara
Apakan daya jika orang tidak mahu mendengar bicara


Bila kau senang sentiasa
Pernahkah kau hubungi ku 
Bila kau gah di sana
Pernahkah kau mempedulikan aku
Bila kau berkuasa
Pernahkah kau mengingati aku


Apa guna Facebook dan Twitter 
Jika on tp tidak bertegur sapa
Apa guna nombor phone kalau jarang bertanya khabar
Jangan memberi seribu alasan
Jika kau dah berpunya
Sanggup kau, aku dilupakan 
Apa erti persahabatan


Jangan tanya lagi kemana ku pergi
Apa yang kau peduli lagi
Jangan kau tanya mengapa ku berdiam diri
Kerna ku tahu kau mengetahui jawapannya
Ini lah manusia
Sentiasa lupa dan leka
Terima Kasih kawan
Terima Kasih kerna kau telah berubah 
Aku tiada kisah lagi mengenai kau
Selamat tinggal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan