16 Mac 2014

MH 370 : 08.03.14

Ya Rabb,
Ya Rahman,
Tuhan yang memiliki penuh pengetahuan,
Engkau memiliki ilmu di langit, darat mahupun lautan,

Ya Rabb,
Kami akui kehidupan kami penuh dengan kekhilafan,
Maka kami mohon keampunan,

Ya Rabb,
Disini kami menadah tangan,
Berdoa dengan penuh pengharapan,
Berikan kami pencerahan,
Agar kami  keluar dari dunia kegelapan,

Ya Rabb,
Tuhan Yang Memiliki Kekuasaan,
Pada Mu kami tempat pengharapan,
Kembalikan apa yang kami miliki kini hilang,

Siang malam tak mampu tidur kerana terbayang-bayang,
Terbayang-bayang wajah mereka yang tersayang,
Dan kini hilang,

Ya Rabb,
Tuhan memiliki ilmu kebenaran,
Kembalikan pada kami keindahan,
Jauhkan kami dari kefasikan,

Ya Rabb,
Maafkan kami dan mereka,

Ya Rabb
Ya Allah
Ya Rahman ( Yang Maha Pengasih )
Ya Hakim ( Yang Maha Bijaksana )
Ya Hafiz  ( Yang  Maha Pemelihara )
Ya Haq ( Yang Maha Benar )

30 Disember 2013

Dalam Sejarah 2013 Meorfez

Assalammualaikum semua....apa khabar ? Meor dah lama tak update Blogger kan :)
hehehehe.....Seperti biasa, setiap yang datang akan pergi,
Maka begitu juga dengan tahun....
Ia datang, ia akan pergi juga....
Harini 31 Disember 2013
Meor nak share sedikit peristiwa -peristiwa yang telah berlaku sepanjang 2013....
Bacalah ek :)

JANUARI :

  • 1 JAN  : Berulang alik dari rumah ke pejabat sementara Masjid Jamek di Jabatan Agama Islam (JAWI)
  • 4 JAN  : Berjumpa dengan Sheikh Nuruddin Al-Banjari di Masjid Ar-Rahah, tempat Meor bertugas sebagai bilal. Masjid Perdana Menteri itu telah meminjam sementara waktu beberapa orang pekerja dari Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur, sementara Masjid Jamek masih ditutup disebabkan kerja-kerja baikpulih
  • 14 JAN  : Majlis tahlil Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak sekeluarga. Majlis ini dilaksanakan bersempena memperingati dan tahlil untuk arwah bapa Dato Seri. Majlis ini telah di laksanakan di Masjid Ar-Rahah
  • 26 JAN  : Buat pertama kali Meor menghadiri Majlis Maulid Nabi yang di anjurkan oleh Masjid Negeri Selangor (Masjid Shah Alam). Pertama kali Meor melayani Qasidah :)
APRIL  :
  • 19 APRIL : Berjumpa dengan Imam dari Saudi Arabia dan UAE, di Masjid Ar-Rahah
  • 22 APRIL : Berjumpa dengan Imam Masjid Nabawi, Sheikh Solah Al-Budair.
  • 27 APRIL : Menghadiri Majlis perkahwinan Kawan kolej .di Sungai Besar,
JULAI :
  • 5 JULAI : Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur mula beroperasi selepas 6 bulan ditutup
  • 10 JULAI : Hari Pertama Ramadhan 1434
  • 16 JULAI : Hari pertama buka kaunter Zakat Fitrah ( pertama kali di lantik menjadi Amil Zakat)
  • 17 JULAI : Genap setahun saya bekerja di Masjid Jamek
OGOS :
  • 8 OGOS : HARI RAYA AIDILFITRI 2013
  • 9 OGOS : Kejutan untuk Hari Jadi Sepupu, Shahril, Shafiq dan Makndak  ( HARI RAYA KEDUA)
  • 18 OGOS : Pertama kali singgah ke kedai makan kawan ( Naim Daniel)
SEPTEMBER :
  • 2 SEPT : Kursus Kebakaran di Masjid Ash-Shafie, Taman Maluri Cheras
  • 8 SEPT : Kejutan untuk Hari Jadi Naim Daniel (awal sehari)
  • 21 SEPT : Parent buat kejutan untuk diri ku sempena Hari Jadi
OKTOBER :
  • 3 OKT : Majlis Doa Selamat di Tapak Pembinaan Pasar Seni
NOVEMBER :
  • 14,15,16 NOV : Sandakan Aku Datang..
DISEMBER :
  • 6 DIS : Majlis Maulid Akhbar di Masjid Muadz Bin Jabbal, tetamu khas Habib Umar Al-Hafidz
  • 31 DIS : Hari Akhir bagi tahun 2013.

Begitulah cerita atau peristiwa yang mampu di kongsi pada kalian, sesungguhnya peristiwa yang saya lalui mungkin tidak sehebat macam kalian, tapi itulah sweet memories yang terindah bagi saya. Insha Allah ada masa lagi, saya akan update lagi Blogger ini :)

28 Oktober 2013

Kehidupan Jangan Dipersiakan


Kita sering kali tertipu diri,

Kerana tidak pernah mensyukuri nikmatNya,

Tangisan yang keikhlasan tidak pernah diberi,

Karna kita terlalu leka dengan duniawi,

Makanya bilakah diri ini bisa kembali,

Kembali ke fitrah yang sebenar,

Detik waktu yang berjalan,

Terus maju kehadapan ,

Manusia diberi panduan,

Kita diberi jalan,

Gunakan sebaik-baik perjalanan,

Setiba disuatu persimpangan,

Jangan terburu-buru membuat keputusan,

Lumrah hidup jika ada kekhilafan,

Tapi jangan  mengambil ringan,

Kerana tiada alasan,

Setelah diberi panduan (Hadith & AlQuran)

4 Julai 2012

Kehidupan.....





Hidup ini penuh dengan pengharapan,
Ku melihat keindahan ciptaan Tuhan,
Yang penuh dengan keajaiban,
Kehidupan ini memerlukan penghayatan,
Iaitu Al-Quran Sunnah sebagai panduan,
Manusia memiliki akal fikiran,
Manusia juga mempunyai perasaan,
Sedangkan lidah tergigit ini kan pula perbuatan, 
Tersandul dengan kesilapan,
Ku mohon kemaafan dari kalian. 

Tangisan bukanlah penyelesaian,
Tangisan juga bisa memudaratkan kehidupan,
Hati yang penuh dengan kebencian,
Hati yang penuh dengan kesombongan,
Hati yang penuh dengan kemarahan,
Hati yang penuh dengan kedengkian,
Pasti di akhiri dengan penyesalan.

Tiada yang kesempurnaan,
Tanpa kesilapan,
Tanpa yang kesenangan,

Tanpa kepayahan,
Berkata dengan kejujuran,
Walaupun pahit jika di telan.

Orang lama penuh bidalan,
Orang lama penuh pengalaman,
Dari pengalaman lahir kematangan,

Pandai berkata pandai berhiasan,
Itulah keistimewaan sasterawan,
Tersungkuh di hadapan karyawan,
Jangan malu jika di ketawakan,
Ilmu itu bagaikan ikan,
Jika dapat ditangkap maka bisa di makan,
Jika terlepas pasti tiada kemajuan,

Manusia itu pasti ada keinsafan,
Suatu hari pasti dia sesal dengan perbuatan,
Kerna dia ketahuan,
Iaitu sesuatu pekara bakal tiba......iaitu saat kematian


Ciptaan : Meorfez 
Tarikh : 3 Julai 2012 

21 Jun 2012

Upacara Pembersihan Ka'bah




Assalammualaikum semua..
pada hari ini saya ingin share sesuatu yang jarang kita ambil tahu...
Sebagai umat Islam pasti kita tahu tentang Ka'bah...
tapi mungkin ada yang tidak tahu bilakah pintu Kabah di buka !!

tanggal pada 21 Jun 2012 bersamaan 1 Sya'ban 1433
Pintu Kabah telah pun di buka, bagi tujuan pembersihan di dalam Kabah itu. Kebiasaannya  antara mereka yang akan terlibat dalam upacara ini ialah
  • Gabenor Makkah 
    • Nama beliau ialah : Y.T.M Putera Khalid Al-Faisal bin Abdul Aziz As-Saud 
  • Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Suci 
    • jawatan tersebut kini di sandang oleh Sheikh Dr. Abdul Rahman As-Sudais ( pasti anda kenal )
  • Pemegang kunci Ka'bah & kerabat nya ( keturunan Bani Syaiba )
    • pemegang kunci Kabah sekarang ini nama nya : Sheikh Mohammad Saleh Zainul Abideen Al-Shebi,
  • Dan yang terakhir semestinya mereka yang bekerja di Masjidil Haram itu. :)

    Di bawah ini adalah video full upacara pembersihan Ka'bah ;)





Berikut di bawah ini gambar 3 orang terPENTING di Masjidil Haram :)


Gabenor Makkah
Y.T.M   Putera Khalid Al-Faisal bin Abdul Aziz As-Saud 


Presiden Agung Hal Ehwal Dua Masjid Suci ( الرئيس العام لشؤون المسجد الحرام والمسجد النبوي  )
Sheikh Dr. Abdul Rahman As-Sudais ( selaku Imam Besar Masjidil Haram )


Pemegang Kunci Ka'bah
( disebelah kiri ) Sheikh Mohammad Saleh Zainul Abideen Al-Shebi


Semoga Allah memberkati mereka semua atas jasa tanggungjawab mereka terhadap rumah Allah ( Masjidil Haram )
Mungkin ada yang tertanya, mereka membersihkan dalaman Ka'bah menggunakan air sabun ke apa ??? hehehe

Menurut info mengatakan, mereka membersihkan Ka'bah dengan menggunakan air Zamzam dengan di campuri dengan minyak wangi...Upacara ini adalah tradisi mereka bagi menyambut  bulan Ramadhan yang akan tiba. 

Bukan itu sahaja..dalam setahun pintu Kabah akan di buka sebanyak 2 kali, iaitu pada awal bulan Muharram dan di bulan Sya'ban seperti yang telah berlaku hari ini ;)

Berbeza dengan kelambu Kabah, ia akan di tukarkan sekali sahaja pada setiap tahun, iaitu selepas musim haji.

Jadinya setakat ini infomasi dari saya pada kali ini...jika ada penambahan saya akan tambah sikit hehehe ...
Sekian ,
Assalammualaikum.

^_^



7 April 2012

Mengapa kau pergi.......


Ku tak sangka ia kian jadi begini...
Siapa sangka kau akan pergi...
Dalam keadaan diriku tidak bersedia di hati..

Saat kau pergi..
Ku sunyi sepi...
Hidupku bagaikan mati...
Tanpa dirimu disisi...


Aku amat merindui diri mu...
Aku ingin bersama mu...
Hanya kau sahaja dihatiku....
Hanya kau yang satu...tiada dua...tiada seribu...



Pemergian diri mu ini...
Bagaikan mimpi ngeri...
Yang tiada terhenti..
Hidupku pula disini...
Bagaikan tiada bertepi...

Saat kau ada..
Ku gembira...
Saat kita bersama....
Hidupku penuh dengan bahagia..

Tapi itu hanya kenangan..
Takkan bisa ku lupakan...
Walaupon  apa pun cabaran...
Ku akan tempuhi dengan keyakinan...


26 Disember 2011

Berjiwa kental...

Nama dia Ahmad ,
dia ada 2 adik beradik ( Ali dan Aminah )
dia anak sulong,
dia tinggal di sebuah perkampungan ,
Kampung Paya Jaras Dalam, Selangor.

Dia memang nakal,malas belajar ketika di sekolah rendah...
Dia seorang yang suka pendamkan masalahnya dari sume pihak.
Dia sering di pukul oleh ayahnya kerana sikap kenakalannya dan malas nak belajar..dia juga sering mendapat markah yang rendah di dalam peperiksaan,

Ibunya suri rumah, dan ayahnya bekerja di kilang ,tetapi tidak tetap..
Majikan - majikan ayahnya mennganggap dirinya seperti "sampah",
Jika memerlukan baru di panggil untuk bekerja ,jika tidak, dia tidak perlu datang ke tempat kerja,

Ahmad kadangkala berasa cemburu dengan rakan -rakannya ,
kerana mereka dapat apa yang meke minta ,
sebagai contoh ,nset,game dan sebagainya,
Tetapi ,bila Ahmad minta,ayahnya hanya dapat memberi alasan,
"Tak de duit,apa yang ada ,cukup - cukup untuk belanja barang dapur minggu ni "
Bila Ahmad mendengar alasan sebegitu,kadangkala dia berasa kecewa dan kadangkala dia buat pekak saja,

Dia ada seorang sepupu yang agak senang hidupnya dan dia anak tunggal ,
Sepupu nya bernama Razali , yang tinggal di Kuala Lumpur,
Ayah Razali  adalah abang kepada ibu Ahmad,
Setiap kali Ahmad pulang ke kampung,dia hanya dapat meminjam alat permainan Razali ,
jika sepupunya ada di kampung,
antara barang yang sering dipinjam oleh Ahmad dari sepupunya ialah PSP,Nset,MP3 dan sbgnya,
Walaupon sepupunya nya hidup senang ( kaya ),tetapi dia tidak pernah lokek dengan duitnya.
Kadangkala dia sendiri belanja Ahmad dan dua adiknya lagi ..ketika di pusat membeli belah..
Tetapi Ahmad seorang yang penyegan dan pemalu dengan sepupunya itu..
Jarak umor Ahmad dan Razali adalah 4 tahun ( Ahmad berumur 12 tahun dan Razali 16 tahun ).
Manakala adik-adik Ahmad ketika itu ,Ali berusia 11 tahun dan Aminah berusia 10.

Tahun  seterusnya ( Ahmad 13 tahun , Ali 12 tahun ,Aminah 11 )
Begitulah kehidupan Ahmad , sehinggalah suatu hari , ibunya kemalangan
ketika mengambil dua adiknya dari sekolah ,
seorang pelajar Sekolah Menengah telah melanggar tanpa di sengajakan,
oleh kerana meke berdua tiada lesen,mereka terpaksa selesai begitu sahaja,
Tangan kanan ibu Ahmad retak tulangnya..

Sudah jatuh di timpa tangga pula...
2 minggu selepas kejadian kemalangan ibunya,
Ayah Ahmad pula di timpa musibah,
Tatkala baru sahaja penat pulang dari tempat kerja pada jam 4 petang,
dia berehat di kerusi,isterinya pula walaupon tangan kanan nya masih belum sembuh,
Tanggungjawab sebagai isteri tetap diusahakan ,tanpa mengharap bantuan dari anak -anak ,
Ketika itu ayah Ahmad tidak berapa sihat,tetapi dia tetap pergi kerja pada hari itu,
Laungan azan Asar berkumandang di kampung itu dengan suara bilal yang sayu....
Ayah Ahmad asyik terbatuk - batuk ,ayah Ahmad pon bangun dari pembaringan untuk menuju ke luar rumah,
untuk membuang kahak yang terkumpul di dalam tekaknya...
Belum sampai ke pintu utama rumahnya , secara tiba - tiba dia jatuh rebah ke bumi ,
tanpa sempat berkata apa - apa kepada anak dan isterinya...
Tepat pada masanya suara bilal melaungkan 'Allahu Akhbar ' sebanyak dua kali..tanda pengabisan azan A'sar,
saat itu lah dia rebah...secara mengejut..
Walaupon tangan isteri nya masih belum sembuh,dia tetap berlari menyambut tubuh suami tercintanya,
yang lemah gemalai,sambil menjerit " abang..........."
Anak -anak dia yang terkejut mendengar suara jeritan ibunya lalu dengan pantas mereka berlari masuk ke rumah melihat apa yang terjadi..dan membiarkan basikal dan bola sepak di halaman rumah begitu sahaja.
3beradik begitu terkejut melihat ayahanda yang tersayang terkulai begitu,bagaikan tiada sokongan untuk berdiri, mereka hanya dapat melaung " ayah......ayah...." sambil menangis...
Puas Ali mengejut ayahnya..kerana dia amat rapat dan manje dengan ayahnya..mereka tergamam dan kelab kabut , tidak tahu nak buat apa...hanya dapat meminta bantuan dari pihak jiran,

Dengan sepantas yang mungkin ayah Ahmad di bawa ke hospital , dengan bantuan jirannya, dengan penuh harapan ,semoga dia selamat.
Setibanya di zon kecemasan..doktor dan pembantunya..dengan pantas cuba sedaya upaya menyelamatkannya.....tetapi....
" Allah lebih menyayangi dia"...itu lah yang dapat diungkap oleh doktor ,
doktor telah mengesahkan dia telah meninggal dunia sejak dirumah lagi..
Isteri dan anak -anaknya tidak dapat menahan sebak....atas pemergian suami dan ayah tercinta,
Razali yang ketika itu berada di Gombak ( rumah makciknya ,keluarga sebelah ibu ) sedang berehat bersama sepupunya yang lain ( keluarga sebelah ibunya ),
tepat jam 10 malam , Razali menerima panggilan dari ayahnya,
bagi mengatakan ayah Ahmad,telah meninggal dunia,
Dengan belas ehsan dan berfikiran terbuka,
Makcik Razali telah berkenan untuk menghantar Razali pulang ke Kuala Lumpur ( ke kediaman rasmi Razali )
Razali begitu kelam kabut mengemas baju pakaiannya untuk pulang segera ke kediamannya.
Sementara itu , pada waktu yang sama,ibubapa Razali bersiap dan menanti kepulangan Razali dirumah,
Ayahnya sudah memahami persaan Razali yang begitu sedih , kerana Razali boleh dikatakan begitu rapat dengan keluarga Ahmad,oleh sebab itu,ayah Razali telah bersedia di sebelah kereta yang bakal membawa Razali ke rumah Ahmad, 20 minit kemudian,Razali selamat tiba ke kediaman rasminya , dan dengan pantas ayahnya membuka bonet kereta dan Razali terus memindahkan bag pakaiannya ke kereta ayahnya...dan terus menaiki kereta ayahnya selepas bersalaman Makciknya itu...

Perjalanan yang mengambil masa 1 jam dari Kuala Lumpur ke Kampung Paya Jaras Dalam ( rumah Ahmad ),
setibanya Razali di rumah Ahmad,Ibu Ahmad menyambut kehadiran keluarga Razali  dengan perasaan begitu hiba, Ahmad dan Ali berada didalam bilik mereka berdua..menangis tanpa henti. Razali memasuki bilik mereka dan melihat mereka sedang  bersedih..Ali menutupi mukanya dengan bantal sambil bersedih ,
Razali hanya mampu memberi nasihat..kepada mereka berdua...

Pada keesokkan harinya...jenazah tiba ke rumahnya dari hospital dengan bantuan van jenazah dari pihak hospital, ketiga-tiga anaknya menyambut kepulangan jenazah ayahnya dengan persaan hiba dan sayu....
jenazahnya ayahnya telah di mandikan ,di kafankan di hospital lagi..hanya tinggal di sembahyangkan sahaja..Pihak keluarga ingin di sembahyangkan di rumahnya..agar dapat menatap wajahnya buat kali terakhir..
Doktor mengesahkan punca kematian ayahnya diatas sebab penyakit batuk kering ,

Tepat jam 1 tengah hari, azan Zohor akan berkumandang 15 minit lagi,oleh itu proses pengkebumian perlu di laksanakan secepat yang mungkin,
Sedih Razali melihat mereka menaburkan bunga di atas pusara arwah ayahnya..
Seperti mana adat orang melayu..malam pertama akan di adakan tahlil,begitu jua dengan rumah Ahmad


Dua hari berlalu ,Razali telah membuat keputusan untuk tinggal bersama Ahmad selama dua minggu ,sekiranya  Ahmad sekeluarga tidak kesah ,
Keputusan itu telah disokong oleh Ahmad,Ali dan Aminah ,begitu juga dengan ibunya..
walaupon Keselesaan , kemewahan dan kelengkapan di sana tidak sama dengan di rumahnya, ia bukan menjadi penghalang Razali hidup di kampung selama dua minggu,
Keluarga Ahmad seperti kehilangan tulang belakang

Seminggu telah berlalu ,Ali tetap berasa sedih ,kadangkala tiada selera untuk menjamah sesuap nasi,pantang dia melihat baju kerja arwah ayahnya,terutama baju kerja yang di pakai buat kali terakhir sebagai security guard,
Puas Razali memujuknya..kadangkala ,jika Ali tidak makan Razali juga tidak sanggup makan,sehingga dia mahu makan walaupon sedikit,
Razali sedaya upaya menceriakan keadaan rumah Ahmad dengan cara mengajak ke arah keagamaan,
Membakar semangat mereka...agar tidak akan berputus asa walaupon apa bencana yang datang..
Hampir setiap hari kedengaran bacaan Quran di rumah Ahmad selepas solat Isyak ,dan diiringi doa buat ibubapa mereka agar di ampun segala dosa -dosanya,
Kadangkala Razali terlalu keletihan,tetapi dia sembunyikan dan dia percaya ,mereka akan berubah suatu hari nanti,cuma lambat atau cepat sahaja ia berlaku...

8 bulan kemudiannya, Razali sekali lagi ziarah keluarga Ahmad bersama sepupu - sepupu yang lain,
Terdapat perubahan didalam keluarga Ahmad, ekonomi mereka juga semakin stabil ,    
Ibu Ahmad kini bekerja sebagai tukang sapu di sekolah,
 Ahmad dan adik - adiknya pula semakin bijak dalam perlajarannya,
Suatu malam , ketika semuanya sudah tidur, Ahmad berbual -bual bersama Razali,
Ahmad berhasrat ingin membuka sebuah kedai makan suatu hari nanti,
dia ingin membalas jasa budi ibunya dan arwah ayahnya,
dia sering teringat dengan kata -kata nasihat arwah ayahnya,
kini baru dia tahu dan memahami apakah maksud denda arwah ayahnya,
setiap kali dia mendapat markah yang teruk,
Tatkala Razali mendengar kata-kata Ahmad itu,dan hasratnya itu,
Dia cukup bahagia dan gembira...tetapi dia tidak menunjuk sangat di hadapan Ahmad.
Dia yakin Ahmad akan berada di zon yang amat selesa untuk ibu kesayangannya itu tidak lama lagi..

semasa Ahmad bakal menduduki SPM ,Razali sering membakar semangatnya,agar tidak berputus asa,  percaya setiap bencana atau musibah , ada hikmat di sebaliknya.....


10 Tahun kemudian 


Ahmad 23 tahun , Ali 22 tahun ,Aminah 21, Razali 27tahun  )

Ahmad ketika itu telah bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal bersama Razali atas pelawaan Razali tinggal bersamanya di sebuah condo milik bapa Razali sendiri,yang sudah tentu bakal dimiliki oleh Razali sepenuhnya,

Manakala Ali dan Aminah melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading...
Ali mengambil jurusan seni lukis dan Aminah pula mengambil jurusan perakaunan ,
sesuailah dengan jiwa dan minat mereka ,oleh sebab itu mereka tidak kesah kepayahan mereka ketika dahulu,
Mengambil contoh dari Razali sebagai idola dan pendorong mereka untuk berjaya,

Atas kepercayaan sepenuhnya terhadap sepupunya, Razali telah memberi kunci condo milik bapanya kepada Ahmad untuk menjaga rumah itu dan Razali mahu Ahmad dan adik-adiknya tinggal disitu ,anggaplah itu rumahnya sepanjang dia tiada kelak..
Razali di tawarkan melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD di Universiti Of Madinah dalam jurusan Perundangan Syariah dan Al-Quran As-Sunnah , selama 5 tahun disana.

Ahmad memang sudah memahami sikap Razali yang begitu murah hati dan warak orangnya, tetapi dia tidak sanggup tinggal di rumah itu ( Condo ) , kerana dia sedar dan dia tahu siapakah asal usul keluarganya,
Ahmad begitu segan dan ini lah pertama kali dia menolak permintaan Razali ,
Apa yang Ahmad mampu buat, dia akan jaga rumah ini dan tidak akan mejejak kaki masuk ke rumah ini sekiranya Razali tiada di rumah ini.
Razali terpaksa akur dengan kehendak Ahmad ,kerana dia sendiri tiada pilihan,


5 Tahun kemudian 

Ahmad 28 tahun , Ali 27 tahun ,Aminah 26, Razali 32 tahun  )

5 tahun berlalu , pastinya  Ahmad ,Ali dan Aminah merindui pada abang saudaranya Razali ,kini Razali bergelar Al-Hafiz Quran ( dia telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran )dan di samping itu dia bakal menggalas jawatan yang tinggi iaitu sebagai Peguam Syarie yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan atas perkenan Yang Di-pertuan Agong,disebabkan kecermelangannya di University Of Madinah sehingga mendapat pujian dari Pemerintah Arab Saudi ,
Bukan itu sahaja,sepanjang 5 tahun berada di negeri orang , Razali telah dijemput sebagai penceramah bagi pelajar - pelajar Malaysia di Masjid Nabawi ,

5 tahun berpisah Razali ingin tahu sangat apakah perubahan yang telah berlaku pada  AhmadAli  dan ,Aminah .

Ahmad telah berjaya membuka sebuah kedai makan sehingga pernah di siarkan di kaca tv,bukan itu sahaja,dia sering mendapat tempahan masakkannya dari kerajaan dalam majlis - majlis penting seperti Mesyuarat Kabinet,Hari Rumah Terbuka Perayaan ,Masjlis Berbuka Puasa Perdana...dan banyak lagi...

Ali  pula telah menjadi pereka filem animasi yang terkenal sehingga animasi - animasi yang dia reka , mendapat pujian dari luar negara ,termasuklah Amerika Syarikat ,Japan ,Korea ,China dan negara - negara lain....

Aminah telah menjawat jawatan penting  iaitu Ketua Pengarah di sebuah bank di Malaysia,dia juga pernah di nobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi kategori wanita di peringkat negeri Selangor,

Setelah Razali mengetahui kerjaya masing - masing,dia cukup gembira..dan bahagia ,walaupon kini sudah jarang dapat meluangkan masa bersama,atas sebab kersibukkan kerjaya masing - masing, dia langsung tidak kesah....

Masa begitu berlalu sahaja,usia semakin meningkat , sehinggalah tiba masanya Razali  diusia 65 tahun,ketika dia telah bersara wajib dalam penjawatan kerajaan,tetapi dia masih lagi berjawat sebagai imam besar di sebuah masjid yang terkemuka di Kuala Lumpur,walaupon usianya sudah senja,tetapi dia masih cekal melaksanakan tanggujawab dan amanahnya,oleh kerana itu dia telah dikurniakan pingat kebesaran dari SPB Yang Di-pertuan Agong ketika itu dengan gelaran Tan Sri ,

Allah ingin menjemputnya kembali ke ramatullah ketika usia 70 tahun, saat dia sedang bertahajud di Masjid, sebelum itu dia  sempat membuat satu wasiat dan kertas wasiat itu sengaja dia letak di poket jubahnya,
Saat dia ketika sujud sebelum tahiyyat akhir ,dalam solat tahajutnya...Allah telah mencabut nyawanya ,
tepat jam 5,20 pagi,seperti biasa rutin harian bilal ,membuka semua lampu di masjid,dan dia langsung tidak terkejut melihat Razali sujud begitu lama sekali ,kerana dia sudah biasa dengan tahajud Razali ,hampir setiap hari dia melaksanakan tahajud,

Bagi bilal hanya Allah dan dia mengetahui amalan  Razali setiap hari jam 3 pagi,kerana Razali telah mengamanahkan jangan memberitahu pada sesiapa pon tentang dia di masjid pada waktu sebegini....
jarum jam menunjukan 5.45 pagi ,lagi sepuluh minit azan subuh akan berkumandang,tetapi kelihatan Razali masih belum selesai solat tahajudnya..
Bilal pon tidak mempedulikannya,dia sangka Razali akan selesai solat tahajut ketika azan dilaungkan....

Setelah azan subuh dilaungkan , imam 2 masjid itu melihat Razali yang dalam keadaan sujud dan bertanyakan pada bilal, sejak bila dia begini, Imam 2 tidak sedap hati lalu mengejutkan Razali ,dengan sedikit tolakkan ,tubuh Razali terkulai kearah sebelah kanan,bilal masjid itu seperti tidak percaya Imam besar masjid itu ( Razali ) telah meninggal dunia ,semua jemaah berasa terkejut atas pekhabaran itu,
Pagi Jumaat yang sungguh sunyi sepi digantikan dengan suara imam 2 yang teresak esak menangis,kebiasaan di masjid ini ,di pagi subuh di hari Jumaat sesiapa sahaja yang menjadi imam,akan membacakan Surah Al-Sajadah.tetapi pada hari ini, dia membaca Surah Al-Mulk dalam solat subuh itu ,dengan niat,moga moga Allah akan meringankan siksaan di kubur kelak nanti,

Kematian Razali di sebarkan diseluruh dunia, Ahmad ,Ali dan Aminah begitu sedih yang teramat ,setelah mendapat berita dari sepupunya yang lain.Salah seorang pengurus jenazah telah terjumpa selehai kertas yang bertulis sesuatu,dan dia percaya bahawa itu adalah wasiat dan tidak selayaknya dia membuka surat itu,
Lalu dia terus menyerahkan kepada ahli keluarga Razali .  Isteri Razali telah menerima surat itu membaca selepas 3 hari kematian suaminya, di dalam surat itu telah tertulis ....

" Wahai Ahmad ,Ali  Aminah dan saudara , anak isteri dan cucu - cucuku ,
aku ingin melihat anak cucu mu menjaga iman, dari iman seseorang itu berjaya di dunia dan di akhirat kelak,sebagai mana janji Allah pada hambanya ,' Berjayalah mereka,yakni mereka yang khusyuk dalam solatnya " (Surah Al-Mukminun ayat 1-2 )...janganlah ratapi pemergian ku ini..janji pada ku jangan mensyirikkan Allah , jangan memudahkan kehidupan ini dengan jalan yang salah..."

Tatkala mendegar wasiat itu dibacakan, Ahmad ,Ali  & Aminah begitu sedih, bagaikan kehilangan tulang belakang buat kali kedua...Mereka sedaya upaya melaksanakan amanat Razali itu,dan hampir setiap hari Khamis ,mereka menziarah kubur Razali yang terletak di Kuala Lumpur, Mereka juga sering teringat - ingt kata - kata arwah Razali ,ketika remaja dahulu, "Dia (Allah ) tidak pernah memungkiri janji pada hambaNya,tetapi hambaNya yang sering memungkiri janji "...

Beberapa tahun kemudian Ahmad ,Ali  & Aminah meniggal dunia juga...kerana sakit tua.......


Moral In The Story :

  • Utamakan Agama dari segala -galanya,
  • Niat setiap perbuatan kerana Allah swt,bukan kerana manusia
  • Jangan duduk bersama orang atas, kerana kita akan semakin sombong ,tetapi duduklah bersama mereka di bawah..pasti akan sentiasa mensyukuri nikmatNya
  • Sentiasa mensyukuri nikmat yang ada
  • Bersusah -susah dahulu , bersenang - senang kemudian 
  • Think  Positive for everything kerna Dia telah mengatur segalanya sejak di Luh Mahfuz
  • Allah tidak pernah menyusahkan hambanya , kerna Dia mengetahui kemampuan kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~THE END ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita ini hanya rekaan semata -mata , tiada ditujukan pada mereka yang masih hidup atau sudah tiada .....